PSC tentukan empat jawatan penting: Tun M

Tun Mahathir - Foto Bernama
Tun Mahathir - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Untuk Melantik Jawatan-jawatan Utama Perkhidmatan Awam akan menentukan pelantikan empat jawatan penting, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, jawatan itu ialah pengerusi dan ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) serta Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dr Mahathir berkata, mesyuarat itu bersetuju supaya format dan gerak kerja atau prosedur akan diwujudkan bagi membolehkan PSC itu menjalankan peranannya dalam urusan perlantikan calon-calon ke jawatan penting kerajaan.

"Kerajaan bersetuju bahawa terdapat jawatan dalam perlembagaan dan akta dirujuk kepada PSC ini supaya perincian calon yang sesuai dan berwibawa untuk jawatan ini dapat dikemukakan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR), di sini hari ini.

Ditanya sama ada jawatankuasa itu sudah pun siap, Dr Mahathir berkata, mereka perlu bersetuju sama ada mereka padan dan sesuai sekarang.

"Sebaik sahaja kita mempunyai itu maka mereka akan menjalankan kerja mereka," katanya.- Bernama

Artikel Berkaitan: