Aliran trafik di lebuh raya utama lancar setakat ini

aliran trafik
aliran trafik
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di seluruh negara dilaporkan bergerak lancar setakat 12 tengah hari ini .

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Hotline berkata, aliran trafik hanya perlahan ke arah utara selepas Terowong Menora ke Kuala Kangsar.

"Insiden kemalangan di KM 256 menghalang lorong kiri jalan menyebabkan kesesakan 5 kilometer, pengguna dinasihatkan berhati-hati memandu.

"Namun, pergerakan trafik menghala ke selatan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru masih lancar," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurut jurucakap itu, aliran trafik dijangka meningkat sebelah petang berikutan cuti sambutan hari Krismas bermula esok.

Sementara itu, menurut laman twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih lancar setakat ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Artikel Berkaitan: