SRK jadi suara Mufasa dalam The Lion King

SUDAH lama tidak melihat pelakon Bollywood pujaan ramai, Shah Rukh Khan tampil beraksi di skrin pawagam dan kaca televisyen.
Terkini, pelakon berusia 53 tahun ini mengejutkan ramai peminatnya di seluruh dunia apabila memuat naik sebuah video dirinya sedang merekod suara latar sebagai Mufasa dalam filem Disney terbaharu, The Lion King versi bahasa Hindi.
Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 4.1 juta tontonan.
Shah Rukh Khan menyumbangkan suara untuk watak Mufasa dan akan bergandingan dengan anaknya, Aryan Khan yang menyumbang suara untuk watak Simba.
Ini merupakan kolaborasi kedua di antara dua beranak Khan itu dengan Disney selepas mereka menyumbang suara untuk watak Mr Incredible dan Dash dalam filem The Incredibles versi bahasa Hindi pada tahun 2004.
Sementara itu, filem The Lion King difahamkan akan ditayangkan pada 19 Julai ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Penggambaran filem, drama dalam studio dibenarkan
12 Mei 2021 01:20pmPek NJOI HD terbaharu tawarkan pengalaman tontonan terhebat
05 Mei 2021 10:25amNora perjelas gosip kahwin dengan Annuar Musa
29 April 2021 03:20pmWanita Asia menang Pengarah Filem Terbaik Oscar
26 April 2021 01:55pmHari kiamat jatuh pada November tahun ini?
25 September 2026 06:03pmAnggota polis cedera dibelasah dua warga Myanmar
25 September 2026 04:00pmRM60,000 lesap dalam pesawat, polis buru suspek warga asing
25 September 2026 10:52amNajib mohon tangguh penjara 15 tahun kes 1MDB
25 September 2026 10:26am- Iklan -- Iklan -
