Periksa kereta polis: 5 penyokong parti politik akan didakwa

Thiew Hock Poh (kanan) menyerahkan tugas Ketua Polis Daerah Seremban kepada Mohd Said Ibrahim sambil diperhatikan Mohamad (tengah).
Thiew Hock Poh (kanan) menyerahkan tugas Ketua Polis Daerah Seremban kepada Mohd Said Ibrahim sambil diperhatikan Mohamad (tengah).
A
A
A

SEREMBAN - Lima individu dipercayai penyokong parti politik yang bertindak memeriksa kereta peronda polis (MPV) pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, April lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Seremban, Khamis ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, kesemua lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

"Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000.

"Tidak kira mereka dari parti politik mana atau menyokong parti apa, selagi didapati bersalah tindakan akan diambil," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Seremban di sini hari ini.

Pada hari pengundian PRK DUN Rantau, 13 April lalu, kecoh mengenai tindakan penyokong sebuah parti politik yang memeriksa sebuah kereta peronda polis di hadapan pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua di Rantau.

Kejadian itu menjadi tular apabila perbuatan itu dirakam sebelum dimuat naik di laman sosial Facebook dan menerima pelbagai kecaman.

Kumpulan yang bertindak memeriksa MPV polis berkenaan mendakwa kenderaan itu membawa lebihan kertas undi PRK DUN Rantau.

Terdahulu Mohamad menyaksikan Majlis Serah dan Terima Tugas Ketua Polis Daerah Seremban yang baharu berkuat kuasa semalam.

Artikel Berkaitan:

Bekas Ketua Polis Daerah Kemaman, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim menggantikan Asisten Komisioner Thiew Hock Poh yang bertukar ke Bahagian (Pengurusan) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

Mohd Said yang berasal dari Johor berkata, tugas beliau di Seremban mungkin akan jadi lebih mencabar berbanding di Kemaman.

"Namun saya akan memikul tanggungjawab ini sebaik mungkin dan mengharapkan kerjasama semua bukan sahaja dari IPD, tapi IPK," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis kenal pasti lima penyokong parti periksa MPV

.