Tambah baik Doktrin Kor Perkhidmatan Diraja

Ahmad (kiri) menyaksikan pelaksanaan Ujian Chef Tentera yang diadakan di Pulmat, Taiping hari ini.
Ahmad (kiri) menyaksikan pelaksanaan Ujian Chef Tentera yang diadakan di Pulmat, Taiping hari ini.
A
A
A

TAIPING - [DIKEMASKINI] Doktrin tahap Ujian Kompetensi Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) diguna pakai anggota Tentera Darat Malaysia sejak 62 tahun lalu perlu ditambah baik bagi disesuaikan dengan keperluan semasa.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi berkata, kesemua Ujian Kompetensi Kor Perkhidmatan Diraja yang menyambut Hari Ulang Tahunnya yang ke 62 pada 15 Jul 19 yang lepas, perlu menambahbaik beberapa doktrin yg sedia ada bagi disesuaikan dengan keperluan semasa TD.

Menurutnya, meskipun pihaknya berpuas hati dengan tahap pencapaian anggota mengikuti ujian kompetensi itu namun masih banyak ruang perlu diperbaiki bagi memastikan kemahiran anggota terlibat mencapai tahap keupayaan diperlukan tentera darat.

"Dalam proses mereka (tentera darat) membuat penilaian, kita dapati doktrin juga perlu dikemas kini mengikut keperluan semasa. Ia disebabkan perkhidmatan mereka (KPD) kini dikehendaki di dua zon termasuk Sabah serta Sarawak dan penambahan zon menjadi cabaran tambahan kepada mereka.

"Kita akan melihat sejauh mana kemampuan dan tahap kompetensi mereka serta berharap mereka mampu memenuhi keperluan arahan menerusi sistem 'approach to training' diberikan," katanya selepas majlis penutup Ujian Kompetensi KPD di Pusat Latihan KPD (Pulmat), di sini hari ini.

Ahmad (kiri) turut berkesempatan menyaksikan demonstrasi penyediaan roti canai oleh seorang pelatih tred chef tentera di Pulmat, Taiping hari ini.
Ahmad (kiri) turut berkesempatan menyaksikan demonstrasi penyediaan roti canai oleh seorang pelatih tred chef tentera di Pulmat, Taiping hari ini.

Hadir sama, Pengerusi KPD, Mejar Jeneral Datuk Hasim Jabar dan Pemangku Pengarah KPD, Leftenan Kolonel Mohamad Ismail Kamarudin.

Ujian Kompetensi KPD dilaksanakan secara berpusat buat kali pertama tahun ini melibatkan tiga tred kepakaran utama anggota KPD iaitu pengurusan pengangkutan Kenderaan jenis B, pentadbir logistik dan Chef Tentera.

Artikel Berkaitan:

Ujian itu dilaksanakan bertujuan menguji keupayaan dan menilai kemahiran anggota KPD bagi semua tred dalam kor berkenaan dan membabitkan lapan pegawai dan 227 anggota lain-lain pangkat daripada KPD sejak 7 hingga 16 Julai.

Antara ujian dilaksanakan adalah penilaian kemahiran pengangkutan, penilaian kemahiran hantaran udara, penilaian kemahiran bomba, ujian kepakaran pemeriksa stok serta ujian kemahiran memasak dan seni kulinari.