Buku, peralatan sekolah serendah RM1

Sekitar kemeriahan pesta 'Kembali Ke Sekolah Ekstravaganza' di Pusat Membeli-belah Ole-ole, Shah Alam.
Sekitar kemeriahan pesta 'Kembali Ke Sekolah Ekstravaganza' di Pusat Membeli-belah Ole-ole, Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Ibu bapa yang membuat persiapan sekolah anak-anak boleh mengunjungi pesta ‘Kembali Ke Sekolah Ekstravaganza’, anjuran Book2u di kompleks beli-belah Ole-Ole, Seksyen 18, di sini.

Pesta selama 13 hari bermula Jumaat lalu menawarkan buku, alat tulis, kamus, majalah dan novel dengan harga sangat murah sebagai persediaan menjelang sesi persekolahan 2019.

No Image Caption

Khusus buat ibu bapa yang gemar membeli barangan sekolah di saat akhir, inilah masa paling sesuai untuk menikmati penjimatan sehingga RM1 untuk alat tulis.

Terdapat juga buku sekolah serendah RM2, majalah bermula dari harga RM1, novel semurah harga RM3 dan potongan sehingga 90 peratus bagi item terpilih setiap hari untuk segmen ‘happy hour’.

No Image Caption

Lebih hebat lagi, diskaun tambahan sebanyak lima peratus akan diberikan ke pada pemegang kad VIP Karangkraf yang telah mendaftar sebelum ini.

Bagi pelanggan yang belum mendaftar, kaunter pendaftaran VIP Karangkraf berharga RM10 seumur hidup turut dibuka dan boleh terus menerima penjimatan sebanyak lima peratus.

Artikel Berkaitan:

Untuk maklumat lanjut tawaran hebat ‘Kembali Ke Sekolah Ekstravaganza’ setiap hari, anda boleh layari Facebook rasmi Book2u Bookstore atau Instagram rasmi @book2bookstore.