Sila log masuk terlebih dahulu.

Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak

A
A
A
BERITA SEMASA 7 JUN 2023

Suami isteri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu, atas pertuduhan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, dua bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail membuat keputusan itu terhadap S Nagendran dan A Sangeetha yang kedua-duanya berusia 23 tahun selepas mendapati terdapat penduaan terhadap pertuduhan yang dikemukakan.

Mengikut kertas pertuduhan, keduanya didakwa mencapai niat bersama bertindak secara cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki yang berada di bawah pemeliharaan mereka dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

artikel: https://go.sinar.la/3CgIwIc

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian