Rihana Oksana dicerai talak tiga?

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Sekeping sijil perceraian menunjukkan wanita Rusia Rihana Oksana Gorbatenko, 26, sah diceraikan talak tiga, lapor sebuah portal berita.
Menurut sijil perceraian yang dipercayai didaftarkan 1 Julai lalu selepas proses perceraian Rihana bertarikh 22 Jun di Singapura.
Memetik laporan Astro Awani, sijil penceraian yang dilengkapi dengan nombor siri itu turut menyatakan perceraian itu sudah mendapat kelulusan daripada Mahkamah Syariah.
Model jelita yang dinobatkan sebagai Ratu Moscow 2015 itu dipercayai melangsungkan perkahwinan pada November 2018, lapor portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail.
Sementara itu, media Moscow yang turut dipetik Daily Mail melaporkan perkahwinan Rihana bergolak pada 24 Januari lalu.
Dalam pada itu, beberapa sumber turut mempertikaikan hantaran Instagram Rihana sejak kebelakangan ini.
Ini kerana hantaran Instagram yang menceritakan kisah-kisah kehidupannya tidak disertakan bersama gambar-gambar baharu Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Nepal usaha percepat sijil kematian 54 rakyat Malaysia
18 Oktober 2026 02:49pmRUU E-Dagang dibentang tahun depan - Fuziah
18 Oktober 2026 02:46pmAmaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri
18 Oktober 2026 01:29pmMoF nafi caj perkhidmatan QR bermula 1 November ini
18 Oktober 2026 01:14pmSangka isteri curang, lelaki ditembak rupa-rupanya anak sendiri
18 Oktober 2026 07:30am'Saya bukan wanita itu'- NaniRoc nafi ditangkap khalwat dengan Nik Nazmi
17 Oktober 2026 08:10pmMayat bayi tanpa kepala: Wanita 23 tahun direman
18 Oktober 2026 11:34amBudak lapan tahun maut dirempuh lori ketika ambil bola
17 Oktober 2026 08:22pm- Iklan -- Iklan -
