Bekas Presiden Bangladesh meninggal dunia

Bekas Presiden Bangladesh, Hussain Muhammad Ershad.
Bekas Presiden Bangladesh, Hussain Muhammad Ershad.
A
A
A

DHAKA - Bekas diktator tentera Bangladesh, Hussain Muhammad Ershad meninggal dunia hari ini pada usia 89 tahun, beberapa minggu selepas dirawat di hospital Dhaka, kata pegawai.

Jeneral Ershad memerintah Bangladesh hampir sedekad sebelum tersingkir kerana kebangkitan rakyat pada 1990 dan dipenjarakan bertahun lamanya kerana jenayah rasuah.

Beliau meninggal dunia kerana sakit tua, kata Kazi Firoz Rashid teman lamanya yang juga wakil rakyat partinya, Parti Jatiya kepada AFP.

Jurucakap tentera Abdullah bin Zaid mengesahkan kematian itu.

Pada 1982, Ershad melakukan rampasan kuasa berdarah selepas menyingkirkan kerajaan dipilih rakyat.

Beliau menjadi Presiden Bangladesh dari tahun 1983 hingga 1990. - AFP

Artikel Berkaitan: