Bantuan RM600 ibarat bonus kepada pekebun, penoreh

Izani Zakaria
Izani Zakaria
A
A
A

TANAH MERAH - Bantuan sebanyak RM600 yang akan diserahkan kepada hampir 274,639 pekebun kecil dan penoreh getah adalah satu bonus.

Pengerusi Badan Bertindak Pekebun Kecil dan Penoreh Getah (Pegetah) Tanah Merah, Izani Zakaria berkata, insentif terbabit dapat mengurangkan beban ekoran tanaman getah yang terjejas akibat musim tengkujuh.

"Pemberian sumbangan ini juga dapat mengurangkan kos perbelanjaan pekebun kecil yang sekarang turut sibuk membuat persiapan persekolahan untuk anak-anak untuk tahun depan.

"Lagipun kebanyakan pekebun kecil memperolehi rezeki hanya dari pendapatan menoreh," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Izani berkata, bantuan yang diberikan secara berperingkat itu juga dapat memberi kelegaan kepada golongan terbabit.

Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM600 itu akan dibayar dalam dua peringkat iaitu sebanyak RM300 pada akhir tahun ini dan baki RM300 pada awal tahun depan.

Artikel Berkaitan: