Sekolah di Pahang cuti 29 Julai

Surat makluman mengenai cuti sekolah berganti dikeluarkan Jabatan Pendidikan Pahang.
Surat makluman mengenai cuti sekolah berganti dikeluarkan Jabatan Pendidikan Pahang.
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Pendidikan Pahang mengumumkan 29 Julai sebagai hari cuti berganti bagi semua sekolah di negeri ini.

Pengarah Pendidikan Pahang, Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus berkata, semua sekolah akan menjalani sesi pembelajaran pada Sabtu iaitu pada 27 Julai ini.

“Dimaklumkan bahawa 29 Julai (Isnin) ialah cuti berganti bagi semua sekolah di negeri Pahang. Gantian hari persekolahan tersebut adalah pada 27 Julai (Sabtu),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Semalam, satu surat mengenai pemberitahuan cuti itu menjadi persoalan ibu bapa dan mempersoalkan kesahihannya.

Beliau berkata, cuti itu diputuskan sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang dan Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 30 dan 31 Julai.

Artikel Berkaitan: