Suap aiskrim kepada ahli keluarga sebelum maut kemalangan

Ahli keluarga mengangkat jenazah kedua-dua mangsa untuk dibawa pulang ke Kampung Sejuk, Kuala Atok dan Felda Tersang 2, Raub malam tadi. Gammbar kecil: Nur Al Ashiqin dan Muhamad Ashraf
Ahli keluarga mengangkat jenazah kedua-dua mangsa untuk dibawa pulang ke Kampung Sejuk, Kuala Atok dan Felda Tersang 2, Raub malam tadi. Gammbar kecil: Nur Al Ashiqin dan Muhamad Ashraf
A
A
A

IPOH - Hajat seorang remaja, Muhamad Ashraf Shamsor, 19, yang meninggal dunia selepas terlibat kemalangan di Jalan Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini, semalam, pulang ke kampung bersama ibu bapanya tidak kesampaian akibat tragedi itu.

Bapa mangsa, Shamsor Baba, 54, berkata, mereka sekeluarga sepatutnya pulang bersama ke Raub, Pahang pada hari ini namun anaknya, Muhamad Ashraf dan Khairulzaman, 27, serta menantunya, Nur Al Ashiqin Abdul Kadir, 38, itu membuat keputusan untuk pulang awal sehari.

ke kampung mereka di Kampung Sejuk, Kuala Atok, Sega di Raub sebelum mengalami kemalangan dengan sebuah lori tangki petang semalam.

"Kami sekeluarga datang ke Klebang untuk melawat kakak mereka yang sakit sambil sempat mandi-manda bersama di Chepor dan berjalan-jalan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru.

"Saya ada beritahu adik (Muhamad Ashraf) dan Khairulzaman untuk pulang bersama tapi mereka berdua mahu bertolak pulang juga hari ini (semalam) ke kampung di Kampung Sejuk, Kuala Atok, Sega di Raub,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini malam tadi.

Shamsor berkata, arwah yang menjadi penyeri dalam keluarga kerana sentiasa menghiburkan mereka itu turut menunjukkan kelakuan sedikit luar biasa apabila menyuap ais krim kepada semua ahli keluarga dan belanja menaiki basikal di Bulatan Sultan Azlan Shah di sini.

Dalam kejadian jam 3.10 petang semalam, Muhamad Ashraf meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di HRPB manakala Nur Al Asyiqin pula meninggal dunia di lokasi kejadian.

Khairulzaman turut mengalami kecederaan parah dan dia kini dirawat di hospital sama.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Dua maut kereta bertembung lori tangki