Majlis Sambutan Keputeraan Raja Perlis ke-76 ditunda

Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
A
A
A

KANGAR - Majlis sambutan ulang tahun keputeraan ke-76 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang dijadualkan pada 17 Julai ini ditunda kepada 12 Oktober.

Sehubungan itu istiadat perbarisan kawalan kehormatan dan penganugerahan darjah kebesaran dan pingat negeri serta majlis santapan negeri akan diadakan pada tarikh 12 Oktober.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dalam satu kenyataan hari ini tetapi beliau tidak menyatakan sebab majlis itu ditunda.

Azlan berkata 17 Julai ini kekal sebagai hari kelepasan am sempena ulang tahun keputeraan Raja Perlis.

Menurut kenyataan itu lagi acara sampingan yang dijadualkan semula ialah Wacana Wangsa Jamalullail pada 16 Julai, perasmian Masjid A-Maghfirah (19 Julai) dan jamuan teh (20 Julai), yang ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.- Bernama

Artikel Berkaitan: