Pemandu terselamat selepas kenderaan terbabas dan terbalik

Kenderaan pacuan empat roda dinaiki mangsa yang terbabas dalam kemalangan itu.
Kenderaan pacuan empat roda dinaiki mangsa yang terbabas dalam kemalangan itu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berdepan situasi mencemaskan selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas sebelum terbalik dalam satu kemalangan di Jalan Skudai-Pontian, Taman Universiti di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam, mangsa, 20-an bagaimanapun sempat keluar daripada kenderaan dipandunya sebelum dibantu orang ramai.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Faisal Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.47 tengah malam.

“Seramai tujuh anggota telah dikejarkan ke lokasi untuk memberikan bantuan menyelamat, dan setibanya di sana pemandu kenderaan sudah berjaya menyelamatkan diri.

“Mangsa bagaimanapun kelihatan letih dan mengalami sedikit kecederaan ketika menunggu pasukan penyelamat di penghadang jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Faisal berkata, mangsa diberi bantuan kecemasan oleh pasukan bomba sebelum dibawa ke kawasan selamat dan diserahkan kepada pihak ambulans Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Artikel Berkaitan: