Warga emas maut digilis lori

Kejadian berlaku di di Susur Jalan Dato’ Mohd Ali, Endau di sini semalam.
Kejadian berlaku di di Susur Jalan Dato’ Mohd Ali, Endau di sini semalam.
A
A
A

MERSING - Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggang digilis sebuah lori dalam kemalangan di Susur Jalan Dato’ Mohd Ali, Endau di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing, Asisten Superintendan Mohd Nor Mohd Isa berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa, Meriam Md Yunus, 51, seorang suri rumah dari Perkampungan Nelayan, Penyabong, Endau disahkan maut di lokasi kejadian.

"Siasatan mendapati mangsa yang menaiki motosikal EX-5 dalam perjalanan dari arah Pekan Endau menuju ke arah Rompin, Pahang.

"Semasa melalui susur Jalan Dato’ Mohd Ali, Endau, pemandu lori berusia 46 tahun itu telah melanggar belakang motosikal mangsa kerana tidak menyedari kehadirannya," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Akibat perlanggaran itu, beliau berkata, mangsa terperosok di bawah lori lalu digilis.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Mersing bagi tujuan bedah siasat dan kes diklasifikasi di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: