Hak mengundi wajar diberikan seluasnya kepada rakyat: Shahril

Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan -Foto Sinar Harian Asril Aswandi Shukor
Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan -Foto Sinar Harian Asril Aswandi Shukor
A
A
A

SHAH ALAM - Hak mengundi wajar diberikan seluasnya kepada rakyat selari dengan prinsip demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan berkata, usaha memberikan hak mengundi kepada golongan 18 tahun dilihat sebagai konsep yang baik.

“Seboleh-bolehnya rakyat yang layak tidak kiralah sama ada di bandar atau luar bandar perlu diberikan hak mengundi kerana mereka berhak untuk memilih pemimpin yang diinginkan meneraju negara.

“Kalau kerajaan menghakimi atau mengadili kelompok-kelompok tertentu, ini tidak adil,” katanya pada Wacana Sinar ke-116 bertajuk Mengundi Umur 18 Tahun: Siapa Yang Untung? di sini hari ini.

Katanya, sama ada golongan 18 tahun yang diberikan hak mengundi akan membuat keputusan yang salah atau sejauh mana kematangan mereka itu adalah soal kedua.

"Apa yang penting golongan ini diberikan hak mereka untuk memilih pemimpin yang mereka mahukan.

"Soal sama ada mereka akan buat keputusan yang betul atau salah itu adalah tugasan kita sebagai pemimpin untuk memberikan keyakinan kepada mereka," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada parti dapat kelebihan dalam isu mengundi: Syed Saddiq

Artikel Berkaitan: