KPPB syarikat pertama di Kelantan terima sijil MSPO

Pengurus MSPO, Mohd Hasbollah Suparyono (kiri) menyerahkan sijil kepada Zulkifli dan disaksikan Ahmad (dua, kanan).
Pengurus MSPO, Mohd Hasbollah Suparyono (kiri) menyerahkan sijil kepada Zulkifli dan disaksikan Ahmad (dua, kanan).
A
A
A

GUA MUSANG - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui anak syarikat, Kumpulan Peladangan PKINK Berhad (KPPB), melakar rekod satu-satunya syarikat di Kelantan yang berjaya memperolehi Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sijil ini amat bermakna kerana ia merupakan satu piawaian kebangsaan yang telah ditetapkan oleh kerajaan yang mana ia wajib dilaksanakan selewatnya pada bulan Jun 2019.

Katanya, amat membanggakan apabila KPPB berjaya memperolehi sijil ini sejak November tahun lalu sekaligus membawa kepada langkah persediaan bagi memasuki pasaran global.

"Pengurusan syarikat perlu memastikan semua aspek dari pengeluaran hasil dari ladang ke produk akhir yang dihasilkan mematuhi standard yang ditetapkan oleh badan dilantik iaitu Malaysian Palm Oil Certification Council (MPOCC).

"Pihak syarikat juga diaudit oleh juruaudit yang dilantik bagi memastikan syarikat mematuhi semua aspek yang ditetapkan.

"Bagaimanapun, pihak KPPB telah berjaya memperolehi sijil MSPO ini pada November tahun lalu. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga KPPB atas usaha yang diambil bagi memperolehi pengiktirafan ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Sijil MSPO yang berlangsung di Dewan Serbaguna KPPB, Ladang Sungai Terah, di sini hari ini.

Majlis penyerahan itu disempurnakan Pengurus MSPO, Mohd Hasbollah Suparyono kepada Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Perladangan PKINK, Zulkifli Mamat disaksikan Ahmad.

Artikel Berkaitan: