12,000 sertai Hari Tanpa Kereta terakhir 2018

12,000 sertai Hari Tanpa Kereta terakhir 2018
12,000 sertai Hari Tanpa Kereta terakhir 2018
A
A
A

IPOH - Lima tema diangkat pada edisi terakhir Hari Tanpa Kereta Ipoh bagi tahun 2018 yang berlangsung hari ini di Jalan Raja Dihilir, di sini.

Pengarah Kanan Perancangan dan Pembangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Zulqarnain Mohamad berkata, program yang berlangsung selama tiga jam itu merupakan edisi paling meriah dengan dihadiri 12,000 orang.

Katanya, sebanyak 80 khemah disediakan untuk pelbagai agensi dan pertubuhan menjalankan aktiviti bersama pengunjung.

“Pada bulan ini, kita meraikan tema Ipoh sebagai Bandar Sukan, Sambutan Hari Orang Kelainan Upaya Sedunia 2018, Sambutan Hari Hak Asasi Manusia, Sambutan Hari Krismas dan Sambutan Tahun Baru 2019.

"Penganjuran Hari Tanpa Kereta ini juga merupakan satu Agenda Perbandaran Baharu bagi mempercepatkan pencapaian Sasaran Pembangunan Mapan," katanya kepada pemberita, hari ini.

Zulqarnain berkata, Hari Tanpa Kereta itu juga diadakan untuk mencapai objektif ke arah menjadikan Ipoh sebuah bandar sukan, bandar rendah karbon serta meningkatkan indeks kebahagian dalam kalangan warga kota Hadir sama pada program tersebut, dua Exco Kerajaan Negeri, Tan Kar Hing dan Howard Lee bersama-sama Adun Canning, Jenny Choy serta Ahli-Ahli Majlis MBI.

Dalam pada itu, Zulqarnain berkata, program itu juga berjaya menarik minat pengunjung untuk bersama-sama menyertai acara yang telah disediakan oleh pelbagai pihak termasuklah Puspanita Pusat Aktiviti Warga Emas (Pawe), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis, Jabatan Kesihatan, Ipoh City Watch, Perpustakaan Tun Razak dan sebagainya.

Sementara itu, Howard turut melancarkan papan cetusan idea warga kota untuk merealisasikan Bandar Sukan Ipoh.

Artikel Berkaitan: