Malaysia negara keusahawanan tulen menjelang 2030

- Foto sumber Internet
- Foto sumber Internet
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad mahu pelaksanaan Dasar Keusahawanan Nasional meletakkan Malaysia sebagai ‘Negara Keusahawanan’ tulen menjelang 2030.

Berucap melancarkan dasar yang mengandungi lima objektif dan enam elemen teras itu hari ini Perdana Menteri berharap ia akan menjadi nukleus dan pemangkin kepada budaya keusahawanan.

“Untuk itu, setiap kementerian dan agensi pelaksana yang terbabit di dalam usaha membangun usahawan perlu bergerak sebagai satu pasukan dalam pelaksanaan dasar itu,” katanya pada majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Beliau menegaskan sebagai sebuah dasar yang holistik, Kementerian Pembangunan Usahawan perlu fokus untuk membina ekosistem keusahawanan yang inklusif.

Perdana Menteri berkata, dasar itu dirangka sedemikian rupa selaras dengan tumpuan yang perlu diberi kepada ‘domestic investment’ (DDI) selain pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara sebagai persediaan menghadapi kemungkinan yang boleh merencat prestasi ekonomi negara.- Bernama

Artikel Berkaitan: