Food Bank Malaysia tepat pada masanya

Nasir Azizan
Nasir Azizan
A
A
A

YAN - Armada Kedah menyambut baik hasrat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam merealisasikan program Food Bank Malaysia.

Timbalan Ketua Armada Bersatu Kedah, Nasir Azizan berkata, program diterajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu akan dapat membantu menangani beban kenaikan kos sara hidup dalam kalangan rakyat.

"Dianggarkan seramai 186,354 keluarga yang akan mendapat manfaat daripada program ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, program itu juga bertujuan membasmi pembaziran barang makanan yang dianggarkan sehingga 15,000 tan sehari.

"Oleh itu kewujudan Food Bank Malaysia adalah tepat pada masanya dan saya mengharapkan perlaksanaan dan pengagihan barang keperluan tersebut akan mencapai sasaran kepada semua yang berkelayakan," katanya.

Nasir berkata, pemberian perlu bersifat sistematik tanpa memberi kelebihan kepada mana-mana pihak.

"Pemantauan berkala juga seharusnya dilaksanakan dari semasa ke semasa dalam memastikan integriti program akan sentiasa terpelihara.

"Sebarang ruang atau peluang ketirisan harus dititikberatkan demi memastikan nasib rakyat bertambah baik," katanya.

Artikel Berkaitan: