Kapal selam Argentina hilang setahun lalu ditemui

44 anak kapal Ara San Juan bergambar sebelum memulakan perjalanan ke pangkalan Ushuaia di selatan Argentina.
44 anak kapal Ara San Juan bergambar sebelum memulakan perjalanan ke pangkalan Ushuaia di selatan Argentina.
A
A
A
BUENOS AIRES - Bangkai kapal selam tentera laut Argentina yang meletup dan hilang setahun lalu bersama 44 anak kapal ditemui di Lautan Atlantik pada Jumaat, kata tentera.

Terdapat “pengenalan positif ARA San Juan,” terletak pada kedalaman 800 meter oleh Ocean Infinity, satu kenyataan daripada angkatan laut berkata, merujuk kepada syarikat Amerika Syarikat yang terlibat dalam pencarian itu.

Ocean Infinity melakukan usaha pencarian terbaharu kapal selam tersebut pada September lalu.

"Sekarang satu bab lagi telah dibuka. Kita akan menentukan cara untuk membawanya naik ke permukaan berdasarkan analisis keadaan di mana kapal selam itu ditemui," kata jurucakap tentera laut, Rodolfo Ramallo.

Tentera terputus hubungan dengan kapal selam itu pada 15 November tahun lalu.kira-kira 450 kilometer dari pantai Argentina.
Artikel Berkaitan:


Ia sedang dalam perjalanan ke pangkalan Ushuaia di selatan Argentina.

Usaha mencari dan menyelamat dijalankan selepas 48 jam kapal selam itu hilang dari radar melibatkan unit dari 13 negara. - AFP