Lelaki lemas ditemukan di Sungai Udang

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.
A
A
A

NIBONG TEBAL- Mayat seorang lelaki yang sebelum ini dilaporkan terjatuh ke dalam sungai ditemukan di kawasan Sungai Udang di sini kira-kira jam 8 malam tadi.

Mayat T Kalidasan, 33, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat selepas dia dia dilaporkan terjatuh di muara Sungai Udang ketika membasuh jala pada jam 6.15 petang tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kepten Maritim, Hamizan Harun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam terus menggerakkan operasi mencari dan menyelamat di sekitar tempat kejadian.

Menurutnya, selain APMM, pihaknya turut dibantu pasukan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

"Mayat mangsa ditemui oleh pasukan penyelam kira-kira 15 meter dari tempat dia dikatakan terjatuh.

"Mayat lelaki berkenaan yang masih berpakaian dibawa naik sebelum dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Artikel Berkaitan: