Isu video tarian salsa: UPM tidak terlibat

Muka depan Sinar Harian semalam.
Muka depan Sinar Harian semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Universiti Putra Malaysia (UPM) menegaskan pihaknya tidak terlibat dengan penganjuran majlis Konvokesyen Persijilan Kemahiran Malaysia (TVET) 2019 termasuk persembahan tarian salsa anjuran Persatuan Usahawan Wanita Antarabangsa Malaysia (IWEM) yang berlangsung pada Khamis lalu.

Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi UPM dalam satu kenyataan akhbar semalam berkata, pihaknya memberi kelulusan kepada IWEM untuk menyewa Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) adalah berdasarkan permohonan untuk mengadakan majlis konvokesyen kepada peserta yang tamat menjalani latihan di pusat yang bernaung di bawah IWEM.

Beliau berkata, semua acara dan persembahan adalah di bawah tanggungjawab IWEM.

"UPM tidak terlibat sama sekali untuk semua program yang disediakan oleh pihak penganjur, malah persembahan tarian tersebut juga tidak dimaklumkan kepada pihak UPM.

"Sekiranya sesuatu majlis dianjurkan oleh UPM, UPM sentiasa memastikan majlis anjuran universiti mengikut garis panduan konvokesyen yang ditetapkan Kementerian Pendidikan dan garis panduan majlis yang ditetapkan UPM," katanya.

Terdahulu tular sebuah video berdurasi 11 saat memaparkan aksi sepasang penari menari salsa dalam keadaan berpelukan serta mengghairahkan.

Gerak tari dan pakaian wanita tersebut juga dilihat keterlaluan serta mencolok mata dan tarian itu dipersembahkan pada majlis konvokesyen tersebut.

Dalam pada itu, UPM memberitahu pihaknya masih menunggu permohonan maaf secara rasmi daripada pihak IWEM.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini, dimaklumkan IWEM sudah mengemukakan surat permohonan maaf kepada Kementerian Sumber Manusia, pejabat Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan berhubung isu tersebut termasuk permohonan maaf kepada awam melalui kenyataan media," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak aktiviti lain selain tarian mencolok mata - Mufti