Wan Rahim yakin dapat fokus TRW

Wan Rahim
Wan Rahim
A
A
A

KOTA BHARU - Pengerusi Amanah Negeri, Wan Rahim Wan Abdullah yakin dapat memberi fokus sepenuhnya kepada pasukan The Red Warriors (TRW) selepas tamat tempoh beliau memegang jawatan politik itu 5 Oktober nanti.

Menurutnya, sebelum ini beliau pernah menyerahkan surat peletakan jawatan tersebut namun rakan-rakan kepimpinan menolak hasrat itu dan mahu beliau terus mengepalai Amanah Negeri.

“Amanah Negeri akan mengadakan konvensyen pemilihan Oktober ini dan saya telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan yang mana secara automatiknya saya memang tidak boleh bertanding.

“Maka tempoh jawatan ini ia akan berkuat kuasa sehingga 5 Oktober ini sahaja dan seorang pengerusi akan dilantik untuk menggalas tanggungjawab saya ini untuk tempoh tiga tahun akan datang.

“Insya-ALLAH, itu akan memberi peluang yang baik kepada saya untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada TRW bersama rakan-rakan kepimpinan dalam Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA),” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai persediaan mental dan fizikal untuk mengemudi KAFA, beliau berharap ‘pemain ke-12’ pasukan The Red Warriors (TRW) itu tidak ‘menakir’ (menghentam) memandangkan beliau baru sahaja mengambil alih tugas Bibi Ramjani Ilias Khan itu.

“Terlalu awal lagi, baru dua hari. Janganlah takir ambo, beri ruang dulu untuk ambo jalankan tugas,” katanya.

Sabtu lalu, Wan Rahim diumumkan sebagai Presiden KAFA dalam Kongres Luar Biasa bagi penggal 2019-2023 yang diadakan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Wan Rahim, Presiden baharu KAFA