Jual durian: Cara peniaga ini memang lain dari yang lain

Abang Mohd Azli, Mohd Azman (kiri) dan adiknya, Abadillah menunjukkan isi durian yang dijual dengan harga RM10 sekilogram di gerai Mohd Azli di Kampung Raja hari ini.
Abang Mohd Azli, Mohd Azman (kiri) dan adiknya, Abadillah menunjukkan isi durian yang dijual dengan harga RM10 sekilogram di gerai Mohd Azli di Kampung Raja hari ini.
A
A
A

BESUT- Apabila tiba musim durian, ada macam-macam cara peniaga nak lakukan si raja buah ini.

Pendek kata, asal buah ada, jangan disimpan, kalau boleh kasi habis... kasi licin.

Perkara sama dilakukan peniaga Mohd Azli Abu Bakar, 30, yang menjual durian di hadapan stesen minyak dekat Mas Kupang, di sini.

Caranya agak berlainan, tetapi misinya sama iaitu kasi licin!

Dengan bayaran RM50, pelanggan boleh mengambil seberapa banyak buah durian dan dimuatkan dalam plastik yang disediakan.

Plastik berkenaan mampu mengisi sehingga 12 biji durian. Banyak dan menguntungkan pembeli.

Strategi itu menjadi apabila gerai yang dibuka terus diserbu. Tak sempat berpeluh durian habis dijual. Kurang dua jam semua durian yang dibeli daripada peraih dari Johor dan Perak (musim durian dua negeri ini) habis.

Namun, ia tidak dapat diteruskan memandangkan harga durian sekarang tidak menentu.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai sedang memilih buah durian yang dijual dengan harga RM10 sebiji di gerai Mohd Azli dekat Kampung Raja pagi tadi.
Orang ramai sedang memilih buah durian yang dijual dengan harga RM10 sebiji di gerai Mohd Azli dekat Kampung Raja pagi tadi.

“Saya terpaksa hentikan sementara jualan secara borong atau longgok kerana ia meningkat terutama pada hujung minggu.

“Jadi saya tidak mampu untuk jual macam tu sepanjang masa kerana saya sendiri akan tanggung rugi,” katanya.

Mohd Azli berkata lagi, dalam tempoh dua hari itu, sebanyak 16 tan durian dijual satu plastik.

Walaupun strategi tersebut sangat 'rare' dan boleh untung jugs kalau kena gaya, namun faktor harga dibelinya membataskan niatnya berbuat begitu.

“Kalau boleh biar semua orang dapat makan durian terutama mereka berpendapatan rendah kerana terbatas untuk membeli durian yang dijual secara timbang memandangkan harga yang masih tinggi sekarang,” katanya.

Jelasnya yang berasal dari Gong Pasir dekat Kerandang di sini berkata, buat masa ini dia menjual buah durian di gerainya dengan tiga kategori berbeza iaitu kategori RM10 sebiji manakala kategori kedua ialah RM12 sekilogram dan durian kahwin dijual RM20 sekilogram.

Sambutan orang ramai amat memberangsangkan terutama bagi buah durian yang berharga RM10 sebiji.

“Tentang jualan longgok atau isi plastik dengan harga tertentu saya akan buat lagi bergantung kepada harga durian semasa di Johor atau Perak.

"Saya jangka dalam minggu depan akan diadakan lagi jualan seperti itu,” katanya yang menerima bekalan durian sebanyak dua lori (lapan tan) setiap hari.

Kata Mohd Azli, buat masa ini dia hanya menjual durian dari Johor dan Perak kerana durian tempatan belum gugur dan sekiranya gugur buah tempatan akan dihantar ke Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain.