Selangor benam Felda United 2-1

Pemain Selangor Mohd Amri Yahyah (dua kanan) berjaya melakukan rembatan ketika menentang Felda United pada perlawanan Liga Super 2019 di Stadium Tun Abdul Razak (STAR) malam ini. - Foto BERNAMA
Pemain Selangor Mohd Amri Yahyah (dua kanan) berjaya melakukan rembatan ketika menentang Felda United pada perlawanan Liga Super 2019 di Stadium Tun Abdul Razak (STAR) malam ini. - Foto BERNAMA
A
A
A

SKUAD Selangor berjaya membenam Felda United 2-1 pada saingan Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak Jengka di sini, hari ini.

Seawal babak pertama, kedua-dua pasukan dilihat bermain secara berhati-hati dalam mengatur gerak dan menguji benteng pertahanan lawan.

Pada minit ke-44, Selangor membuka tirai jaringan menerusi Sandro Da Silva yang merembat deras dari dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol lawan, Norazlan Razali.

Bermula separuh masa kedua, The Red Giants kian memberi tekanan kepada Felda United dengan menggandakan serangan ke kubu tuan rumah.

Pada minit ke-51, penyerang import Selangor, Ifedayo Olusegun meledakkan gol kedua pasukan itu melalui sepakan padu dari dalam kotak penalti.

Pada minit ke-63, The Fighters pula bangkit merapatkan jurang dengan mencipta gol pertama menerusi tendangan cantik Jocinei Schad yang mengelirukan penjaga gol, Mohd Khairulazhan Khalid.

Keputusan 2-1 yang berpihak kepada pasukan pelawat kekal sehingga wisel penamat ditiupkan. - Bernama

Artikel Berkaitan: