PM akan beri penjelasan Isnin ini, kata Anwar

 Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjelaskan perincian kenyataan beliau berhubung pelawaannya agar semua parti politik Melayu termasuk UMNO menyertai Bersatu pada Isnin ini, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, Dr Mahathir akan menjelaskan perkara itu pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

"Kita ada mesyuarat Majlis Presiden PH dan itu ruang yang terbaik untuk kita bincang termasuk cadangan PM terbaharu.

"PM akan guna peluang itu untuk beri penjelasan," katanya ringkas selepas majlis pelancaran University Malaya Endowment Fund (UMEF) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Dr Mahathir mengenai pelawaannya agar semua parti politik Melayu termasuk UMNO menyertai Bersatu bagi menguatkan kuasa politik kaum majoriti itu.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersatu berkata, penyatuan itu penting kerana Melayu kini sudah terbahagi dan berpecah kepada enam parti.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu negeri di Dewan Serbaguna Johor Jaya, semalam.

Artikel Berkaitan: