Shahidan kembali terajui UMNO Perlis

Shahidan menyempurnakan gimik perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kubang Pasu di Dewan Gemilang Darulaman Golf, di sini hari ini.
Shahidan menyempurnakan gimik perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kubang Pasu di Dewan Gemilang Darulaman Golf, di sini hari ini.
A
A
A

JITRA - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyambut baik pelantikan beliau sebagai Pengerusi UMNO Perlis yang berkuat kuasa semalam.

Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Datuk Zahidi Zainul Abidin yang kekal sebagai timbalan pengerusi.

Katanya, beliau akan terus berkhidmat kepada parti sebagaimana yang dilakukannya sebelum ini.

"Dulu pun masa tak ada pengerusi selepas Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhenti saya masih teruskan kerja saya.

"Saya dengan Zahidi memang tak ada masalah, kalau Zahidi jadi pengerusi pun saya tak ada masalah, saya ikut saja. Saya okay dengan Zahidi," katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kubang Pasu di Dewan Gemilang Darulaman Golf, di sini hari ini.

Shahidan (duduk, empat dari kanan) bergambar bersama ahli jawatankuasa wanita UMNO Bahagian Kubang Pasu di sini hari ini.
Shahidan (duduk, empat dari kanan) bergambar bersama ahli jawatankuasa wanita UMNO Bahagian Kubang Pasu di sini hari ini.

Shahidan yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau kembali menerajui UMNO Perlis selepas digantikan oleh Mohamed Khaled yang juga merupakan Naib Presiden UMNO, tahun lalu.

Terdahulu, seramai 384 perwakilan hadir ke mesyuarat berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Ahmad Zaini Japar dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Khalidah Adibah Ayob.