Dun Rantau: Tidak kisah siapa calon PH

umno
umno
A
A
A

KUANTAN - Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan tetap akan mempertahankan kerusi Dun Rantau walau siapapun calon yang diletakkan PH pada PRK dun itu nanti.

Menurutnya, terpulang kepada PH untuk meletakkan siapa calon mereka termasuk Rafizi Ramli.

“Yang penting saya akan berusaha pertahankan kerusi Umno itu, tidak kiralah siapa calon lawan nanti,”katanya.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membangkitkan nama Rafizi sebagai antara nama yang dicadangkan sebagai calon PRK Rantau.

Mohamad Hasan ditemui pada majlis perjumpaan bersama Umno Pahang dan sayap parti di yayasan Pahang di sini, hari ini.

Hadir sama, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad zahid Hamidi dan Pengerusi Umno Negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

[ARTIKEL BERKAITAN: Nama Rafizi antara dibangkitkan sebagai calon Dun Rantau]

[ARTIKEL BERKAITAN: Tok Mat sedia pertahan kerusi Dun Rantau]

Artikel Berkaitan:

[ARTIKEL BERKAITAN: Kemenangan Tok Mat di Dun Rantau tidak sah]