Dua maut MPV dihempap lori tangki bawa minyak sawit

Dua eskavator dan dua kren terpaksa digunakan untuk mengangkat dan mengalihkan kereta di bawah lori tangki.
Dua eskavator dan dua kren terpaksa digunakan untuk mengangkat dan mengalihkan kereta di bawah lori tangki.
A
A
A

MUADZAM SHAH - [DIKEMASKINI] Pemandu dan penumpang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) maut selepas terbabit kemalangan dengan lori tangki membawa minyak sawit di KM127 Jalan Kuantan- Segamat di sini, awal pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 6.15 pagi itu, pemandu kenderaan jenis Naza Ria yang belum dikenal pasti identitinya dan penumpang, dikenali sebagai Muhammad Ridzuan Chua, 33, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Zainal Omar Mahamud berkata, pemandu lori tangki, Noor Muhammad Hashim, 55, dari Felda Selancar 4 di sini tidak mengalami sebarang kecederaan.


Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kemalangan maut di KM127 Jalan Kuantan- Segamat di sini awal pagi tadi.
Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kemalangan maut di KM127 Jalan Kuantan- Segamat di sini awal pagi tadi.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke arah Segamat manakala lori tangki dari arah bertentangan.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, MPV terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori tangki.

“Akibat kejadian, kenderaan mangsa terseret dan terperosok di bawa lori tangki yang terbabas ke dalam parit berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba sebelum dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

“Kemalangan meragut dua nyawa itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah mengerakkan operasi membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah mengerakkan operasi membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah terpaksa mendapatkan bantuan dua buah escavator dan dua kren untuk mengalihkan lori bagi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.

Menurutnya, MPV tersebut remuk selepas terperosok di bawah lori tangki memaksa jentera berat digunakan bagi mengalihkan kenderaan terbabit sebelum mayat mangsa berjaya dikeluarkan.