Warga Kemboja maut kereta rempuh pokok

Perodua Viva remuk selepas terbabas lalu merempuh sebatang pokok dalam kejadian malam semalam.
Perodua Viva remuk selepas terbabas lalu merempuh sebatang pokok dalam kejadian malam semalam.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang lelaki warga Kemboja maut selepas kereta yang dipandu terbabas lalu merempuh sebatang pokok di Jalan Masjid Negeri, di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, Muhammad Tasnim Kassim, 22, dari Kampung Pondok Labu, Kulim, Kedah maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang kerana cedera parah.

Menurutnya, bagaimanapun, tiga penumpang kereta jenis Perodua Viva mengalami kecederaan kecil dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama.

"Penumpang kereta, Aniza Man, 45, cedera di kepala, Mohamad Hafizan Mohd Fizal,13, mengalami luka di muka dan kaki manakala Nor Aliya Farzana Mohd Fisal, 8, mengalami luka di kaki dan tangan.

"Dalam kejadian pada jam 9.30 malam itu, kereta dipandu mangsa datang dari arah Jalan Masjid Negeri menghala ke Jambatan Pulau Pinang. Ketika tiba di hadapan sebuah sekolah, kereta tersebut didapati hilang kawalan dan terbabas ke kiri lalu melanggar sebatang pokok," katanya ketika dihubungi tadi.

Beliau berkata, mayat mangsa akan dibedah siasat pada 11 pagi ini untuk mengetahui punca kematian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: