36 premis makanan di Johor diarah tutup tahun ini

 Dr Noorhaida Ujang
Dr Noorhaida Ujang
A
A
A

MUAR - Sebanyak 36 restoran dan premis makanan di daerah ini diarah tutup selepas dikesan gagal menjaga kebersihan.

Pegawai Kanan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muar, Dr Noorhaida Ujang berkata, angka itu membabitkan pemeriksaan yang dijalankan pihaknya sepanjang 2018.

Menurutnya, arahan penutupan berkuatkuasa maksimum 14 hari itu dikeluarkan susulan kegagalan peniaga mematuhi aspek kebersihan.

“Sepanjang tahun ini, PKD Muar telah memeriksa sebanyak 1,313 buah restoran dan premis makanan di daerah ini, yang mana keseluruhan operasi setakat ini mengesan 36 daripada gagal menjaga kebersihan mereka sehingga terpaksa ditutup sementara.

“Di samping itu, 361 premis pula diberikan notis di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 atas pelbagai kesalahan,” katanya.

Terdahulu, Dr Noorhaida ditemui pada Program Back To School di Pasaraya Econsave, Bakri di sini.

Beliau berkata, premis yang ditutup itu boleh beroperasi kembali selepas kerja-kerja pembersihan selesai dijalankan.

“Tempoh maksimum adalah 14 hari untuk mereka menjalankan pembersihan mengikut arahan diberikan berdasarkan penemuan petugas sewaktu pemeriksaan.

Artikel Berkaitan:

“Sekiranya peniaga dapat menyelesaikan urusan pembersihan lebih awal, maka premis berkenaan boleh dibuka setelah menjalani pemeriksaan semula oleh petugas kesihatan dan didapati statusnya baik,” katanya.

Dr Noorhaida berkata, operasi berterusan akan dijalankan dan berharap pengusaha premis makanan akan sentiasa menjaga kebersihan bagi mengelak dikenakan tindakan tegas.