'Kadang-kadang sabar itu hilang tak tahu pergi mana'

Shima Anuar
Shima Anuar
A
A
A

PELAKON Shima Anuar, berkongsi berita gembira apabila bakal dikurniakan anak lelaki, tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian yang dibuat di akaun Instagram miliknya, Shima atau nama sebenarnya Noor Hashimah Anuar dan suami, Mohd Solih Taha dijangka menyambut kelahiran putera tersayang, Ogos depan.

Shima juga turut berkongsi beberapa keping gambar yang menyaksikan dia membuat kejutan pendedahan jantina anak dalam kandungan, semasa majlis rumah terbuka di rumahnya, baru-baru ini.

"IT’S A BOY! Alhamdulillah. Sebenarnya saya dan suami dah tahu mengenai perkara ini sejak hamil empat bulan lagi.

"Kami dapat tahu daripada ujian darah saya. Penat simpan rahsia. Bila orang tanya, saya akan jawab tunggu dulu, tunggu dulu, nanti kita beritahu," tulisnya di Instagram.

Bukan itu sahaja, menjelang empat minggu sahaja lagi sebelum melahirkan cahaya mata kedua, Shima turut berkongsi momen-momen bersama anak sulungnya, Marian Sophia, 19 bulan.

Shima Anuar
Shima Anuar

"Sejak kebelakangan ini selalu kena marah dengan mommy. Mommy dah tak larat sangat, perut makin besar, cepat penat dan Sophia banyak sangat meragam.

Artikel Berkaitan:

"Tapi bila fikir-fikir balik, nak marah lebih-lebih pun bukan dia faham lagi.

"Apa yang dia mahukan cuma perhatian. Jadi buat masa ini memang kena banyak sangat bersabar. Walaupun kadang-kadang sabar itu hilang tak tahu pergi mana.

"Mommy sayang awak sangat Sophia. Tiada apa yang dapat mengubahnya. Tolong jadi baik, terutamanya bila mommy dah bersalin adik nanti," katanya yang dijangka bersalin pada 8 Ogos depan menerusi kaedah pembedahan.