JPJ buka pendaftaran bidaan nombor plat VDP

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka pendaftaran untuk bidaan nombor plat Siri VDP bermula 3 Julai lepas.

Menerusi laman Facebook rasmi jabatan tersebut, pendaftaran dibuka sehingga jam 11.59 malam pada 7 Julai 2019.

Menurutnya, orang awam yang berminat boleh melayari Https://jpjebid.jpj.gov.my untuk mendaftar JPJBid dan membida.

Keputusan akan dikeluarkan pada 8 Julai 2019.

Untuk maklumat lanjut, mereka juga boleh layari laman sosial rasmi JPJ di Facebook, Twitter (JPJ_Malaysia), Instagram (JPJMalaysia) dan YouTube (JPJMalaysia)

Artikel Berkaitan: