Kongsi gambar kahwin, IG ditonton 5,287,631 peminat

BINTANG popular Bollywood, Deepika Padukone dan Ranveer Singh akhirnya berkongsi gambar perkahwinan mereka kepada umum.
Menerusi entri di Instagram (IG), Deepika Padukone dan Ranveer Singh, masing-masing mendapat pujian daripada peminat selepas berkongsi gambar bahagia mereka bersama.
Gambar perkahwinan mereka amat dinantikan oleh orang ramai kerana difahamkan tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan mereka dilarang mengambil sebarang foto ketika majlis berlangsung.
Malah IG milik pelakon tersebut telah mendapat lebih 5,287,631 tontonan sehingga petang tadi. Dan rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.
Menerusi laporan Tims Of India, Deepika Padukone mengenakan gaun pernikahan hasil rekaan Sabyasachi Mukherjee dengan mengetengahkan warna merah tua dengan sulam benang emas.
Gaun yang digayakan oleh Deepika terlihat sangat mewah dan dilengkapi dengan perhiasan yang cantik pada tubuhnya.
Deepika Padukone dan Ranveer Singh selamat mendirikan rumah tangga pada 14 November lalu pada sebuah majlis yang berlangsung secara sederhana di Lake Como, Italy.
Majlis pernikahan mereka dilaporkan berlangsung selama empat jam dan dihadiri oleh 40 orang tetamu yang diterdiri daripada saudara serta rakan terdekat mereka.
[ARTIKEL BERKAITAN: Deepika, Ranveer sah suami isteri]
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Penggambaran filem, drama dalam studio dibenarkan
12 Mei 2021 01:20pmPek NJOI HD terbaharu tawarkan pengalaman tontonan terhebat
05 Mei 2021 10:25amNora perjelas gosip kahwin dengan Annuar Musa
29 April 2021 03:20pmWanita Asia menang Pengarah Filem Terbaik Oscar
26 April 2021 01:55pmWanita hamil tujuh bulan maut dihentak suami guna lesung batu
13 Februari 2026 02:19pmMayat wanita dikerat: Warga emas suspek utama merupakan tunang mangsa - Polis
13 Februari 2026 08:57amBapa, anak lelaki ditahan disyaki terlibat kes bunuh, kerat wanita
13 Februari 2026 07:39amSelepas 21 hari di Penjara Kajang, Da’i Syed dibebaskan sementara
13 Februari 2026 01:33pm- Iklan -- Iklan -
