Semai pemikiran negatif, Teresa bidas sekolah antarabangsa

 Teresa Kok
Teresa Kok
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Industri Utama, Teresa Kok membidas tindakan warga pendidik yang menyemai pemikiran negatif terhadap industri sawit negara.

Ia susulan tindakan sebuah sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur menerusi persembahan dalam kalangan murid yang mempamerkan industri kelapa sawit negara menjadi punca penyahhutanan dan kepupusan orang utan di negara ini.

Jelasnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu sama sekali bertentangan dengan usaha kerajaan memulihkan industri sawit di rantau ini, lapor Astro Awani.

“Saya nak seru sekolah antarabangsa itu hentikan kesemua tindakan yang menyemai fikiran yang benci minyak sawit seperti apa dilakukan di Eropah itu di negara kita ini.

“Saya nak seru pihak guru besar dan guru terlibat datang ke kementerian saya, datang ke Majlis Minyak Kelapa Sawit (MPOC) untuk memahami ke semua usaha penambahbaikan industri minyak sawit,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau sebelum itu menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Penanaman Satu Juta Pokok Hutan di Sabah antara MPOC dan Jabatan Perhutanan Sabah di Parlimen.

Justeru, beliau menggesa para pendidik untuk bersama menyokong usaha kerajaan memacu kembali industri sawit negara.

Artikel Berkaitan: