GCE-ELMINA Duathlon 2019 sasar 1,500 penyertaan

Dari kiri: Mohammad Azlan, Aziz, Edward dan Albertt ketika pelancaran GCE-ELMINA Duathlon 2019 hari ini.
Dari kiri: Mohammad Azlan, Aziz, Edward dan Albertt ketika pelancaran GCE-ELMINA Duathlon 2019 hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 1,500 peserta dijangka menyertai Guthrie Corridor Expressway (GCE)-ELMINA Duathlon 2019 pada 8 September depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Prolintas, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, satu-satunya acara duathlon yang diadakan di lebuh raya yang kini memasuki tahun kedua penganjuran itu bakal membawa kelainan apabila terdapat penambahan format menjadikan ia sebagai acara keluarga bagi semua peringkat umur.

Menurutnya, selain tiga kategori perlumbaan seperti tahun lalu, turut diadakan acara Fun Ride and Fun Run.

“Uniknya acara tahun ini apabila perlumbaan akan bermula dan berakhir di Bandar Elmina iaitu perbandaran terancang oleh Sime Darby Property.

Pelancaran GCE-ELMINA Duathlon 2019 disempurnakan oleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Aziz Abdullah (dua,kiri)
Pelancaran GCE-ELMINA Duathlon 2019 disempurnakan oleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Aziz Abdullah (dua,kiri)

“Para peserta akan melalui pelbagai seni bina dan lanskap di Bandar Elmina bagi laluan larian dan melalui GCE bagi laluan basikal.

“Sehubungan itu, GCE akan ditutup sepenuhnya kepada laluan kenderaan bermula jam 3 pagi hingga 3 petang pada hari berkenaan,” katanya pada sidang akhbar sempena Pelancaran GCE-ELMINA Duathlon 2019 di Atria Shopping Gallery, Damansara, di sini hari ini.

Acara pelancaran program kerjasama Prolintas dan Sime Darby Property itu disempurnakan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Aziz Abdullah.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengarah Perlumbaan GoSportz, Albertt Leong, berkata, pendaftaran acara tersebut telah dibuka dan dilanjutkan sehingga 31 Julai depan.

Para penaja bagi acara GCE-ELMINA Duathlon 2019 bergambar sempena pelancaran acara berkenaan hari ini
Para penaja bagi acara GCE-ELMINA Duathlon 2019 bergambar sempena pelancaran acara berkenaan hari ini

Katanya, sehingga kini seramai 700 peserta telah mendafarkan diri dan pihaknya optimis acara ini dapat menarik penyertaan yang lebih ramai seterusnya mencapai sasaran menjelang tamat tarikh tutup penyertaan.

“GCE-ELM1NA Duathlon 2019 mempunyai tiga kategori perlumbaan iaitu Full Duathlon (10km Run, 60km Bike, 10km Run) dan Dash Duathlon (5km Run, 30km Bike, Run 5km) terbuka untuk lelaki dan wanita berusia 16 tahun ke atas.

“Peserta akan dibahagikan kepada kumpulan jantina dan tiga hingga empat kumpulan umur. relay berpasukan (10km Run, 60km Bike, 10km Run) terbahagi kepada Lelaki dan relay campuran, terdiri daripada tiga peserta berumur 16 tahun ke atas setiap pasukan.

“Ride Fun (30km Bike) dan Fun Run (3km) juga akan dianjurkan bagi mereka yang berumur 16 tahun dan ke atas,” katanya.

Yuran penyertaan setiap peserta atau pasukan adalah RM250 untuk Duathlon Penuh, RM220 untuk Dash Duathlon, RM540 untuk relay berpasukan, RM50 untuk Fun Ride dan RM30 untuk Fun Run.

Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman sesawang www.gosportz.my/all-events/che-duathlon.