Dua maut nahas babitkan lima kenderaan

Lori Hino yang dipandu Zainal remuk teruk setelah terlibat dalam kemalangan yang turut meragut nyawanya.
Lori Hino yang dipandu Zainal remuk teruk setelah terlibat dalam kemalangan yang turut meragut nyawanya.
A
A
A

ALOR GAJAH - Dua maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 22, berhampiran susur keluar Plaza Tol Simpang Ampat, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, mangsa, penunggang motosikal, Rahim Shafie, 66, dan pemandu lori Zainal Jasman, 28, maut di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, mangsa yang menunggang motosikal dipercayai dalam perjalanan berkonvoi bersama adiknya sebelum motosikalnya secara tiba-tiba terjatuh di lorong paling kiri selepas terlanggar sebuah objek di atas jalan.

Motosikal yang dipandu Rahim dan terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 22 arah selatan berhampiran susur keluar Plaza Tol Simpang Ampat, di sini pagi tadi.
Motosikal yang dipandu Rahim dan terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 22 arah selatan berhampiran susur keluar Plaza Tol Simpang Ampat, di sini pagi tadi.

Menurutnya, dalam masa sama lori dipandu Zainal melalui lokasi kejadian dan terlanggar treler yang berhenti dipandu lelaki berusia 28 tahun.

"Impak rempuhan itu Zainal yang memandu lori perkhidmatan penghantaran barang tersepit di tempat duduk pemandu.

"Kedua-dua mangsa yang cedera parah di kepala disahkan meninggal di lokasi kejadian," katanya.

Sementara itu, anak Rahim, Adi Putra Rahim, 36, berkata, kali terakhir dia berjumpa bapanya kira-kira jam 11.15 malam semalam.

Artikel Berkaitan:

"Tak sangka itu pertemuan terakhir kami. Saya sempat nasihat supaya dia berhati-hati sebelum arwah terlibat dalam kemalangan," katanya.