Mayat reput dalam ladang kelapa sawit

Keadaan mayat mangsa yang ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Parit Muhammad Laut, Parit Sulong, Batu Pahat
Keadaan mayat mangsa yang ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Parit Muhammad Laut, Parit Sulong, Batu Pahat
A
A
A

BATU PAHAT - Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan hampir mereput di dalam sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Parit Muhammad Laut, Parit Sulong, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, mayat mangsa yang berumur 65 tahun itu ditemui oleh penduduk kampung kira-kira jam 5.30 petang, semalam.

"Pasukan siasatan telah digerakkan ke lokasi kejadian dan hasil siasatan mendapati mayat dalam keadaan mereput, lengkap berpakaian dan turut dijumpai berhampiran mangsa adalah motosikal yang digunakan oleh mangsa.

"Mangsa dipercayai meninggal dunia sejak beberapa hari lalu. Pemeriksaan awal juga tidak menemui sebarang kecederaan fizikal pada mayat mangsa dan tiada sebarang unsur jenayah di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati mangsa yang merupakan pesara penguatkuasa di Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) dan menetap di bandar Batu Pahat mengambil upah dengan melakukan kerja-kerja pertanian dan pembersihan di beberapa kebun kelapa sawit di sekitar Parit Sulong selepas bersara.

Katanya, hasil bedah di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat mendapati kes kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Artikel Berkaitan: