Bertuahnya Malaysia negara ke-25 paling seksi di dunia

No Image Caption
A
A
A

SUKAR percaya apabila rakyat Malaysia dinobatkan sebagai negara ke-25 paling seksi di dunia baru-baru ini.

Hasil tinjauan oleh laman web pelancongan antarabangsa, Big 7 Media, meletakkan tempat kita lebih seksi berbanding dengan Amerika Syarikat di tangga 45, Jerman (44), Sweden (38), Thailand (36) dan Iran (26).

Kita sendiri hairan bagaimana tinjauan itu dibuat. Namun jauh di sudut hati, ada yang rasa gembira kerana rupa-rupanya kita lebih seksi daripada orang Amerika Syarikat, Sweden dan negara-negara lain.

Perkataan seksi mempunyai pengertian yang luas. Terpulang kepada penilaian masing-masing.

Namun bagi yang terbabit dalam bidang modeling, sama ada lelaki mahupun wanita, mereka menjadi seronok kerana akan diburu syarikat-syarikat modeling asing dek lebih seksi.

Pelancong-pelancong asing barangkali akan teruja datang ke negara kita. Mereka tertanya-tanya sejauh mana keseksian rakyat kita.

Cuma apa yang dibimbangkan, apabila pulang semula ke negara mereka, gambaran yang diberikan adalah indah khabar daripada rupa. Mereka kata mereka telah tertipu oleh laman web itu. Rakyat Malaysia tidak seksi pun!

Tersenarai dalam kedudukan yang agak tinggi sebagai negara paling seksi di dunia, sebenarnya kita tidak ada apa-apa yang boleh kita raikan.

Artikel Berkaitan:

Sebaliknya kita akan lebih rasa bangga sekiranya negara kita dapat anugerah ‘negara paling rajin', ‘negara paling bahagia’, ‘negara paling bersih’ dan sebagainya.

Rupanya Malaysia begitu senang dapat anugerah yang bukan-bukan. Anugerah seksi ini tidak membawa apa-apa makna, ia hanya taktik laman web pelancongan itu untuk mencari populariti. Kita tidak payahlah perasan sangat!