Simbah cat rumah aktivis alam sekitar, empat ahli Geng 24 diberkas

No Image Caption
A
A
A

PETALING JAYA - Polis menahan empat ahli kongsi gelap Geng 24 dalam serbuan di sebuah rumah rumah di Damansara, di sini, hari ini, berhubung kes simbah cat rumah aktivis alam sekitar di Kuala Langat, 26 Jun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, empat lelaki terbabit berusia lingkungan 20 hingga 31 tahun ditahan bersama sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan semasa kejadian.

"Turut dirampas satu paket disyaki syabu, sebilah pedang samurai serta satu unit telefon bimbit yang digunakan bagi merakam aktiviti jenayah tersebut.

"Soal siasat mendapati tiga daripada suspek mengaku terlibat secara langsung di dalam kes terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, selain itu keempat-empat suspek juga mengaku tentang penglibatan mereka di dalam kegiatan kongsi gelap Geng 24 dan menerima upah daripada individu tertentu.

Katanya, semakan mendapati setiap suspek ini mempunyai rekod kesalahan lampau di termasuk kes jenayah, dadah dan dikehendaki.

Artikel Berkaitan: