Terserah Zahid putuskan sendiri, kata Najib

Najib bersama orang ramai pada Program Rumah Terbuka Bossku di Seksyen 7 di sini malam tadi. - FOTO FACEBOOK NAJIB
A
A

SHAH ALAM - Biar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi putuskan sendiri. Demikian pandangan disuarakan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berhubung hasrat Ahmad Zahid yang sedang bercuti kini untuk kembali menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO.

Menurut Najib, sebagai presiden parti, Ahmad Zahid tidak memerlukan persetujuan pihak lain termasuk Majlis Tertinggi (MT) untuk kembali menerajui parti itu.

"Soal kedudukan Datuk Zahid adalah sesuatu yang hanya boleh diputuskan oleh beliau sendiri, sebab bila dia bercuti, dia bercuti atas keputusan yang beliau buat secara peribadi.

"Sebagaimana kita tahu bahawa mengikut perlembagaan beliau berhak untuk memimpin UMNO dalam selama mana tempoh beliau diberi mandat," katanya pada sidang media selepas hadir Program Rumah Terbuka Bossku di Seksyen 7 di sini malam tadi.

Tambah bekas Perdana Menteri itu, Ahmad Zahid berhak untuk memutuskan sedemikian atas kapasitinya sebagai orang nombor satu parti.

"Tak perlu persetujuan Majlis Tertinggi atau pihak yang lain sebab beliau berhak dan keputusan ambil cuti tu adalah keputusan yang dia ambil sendiri, atas tubuh badannya sendiri," katanya.

Terdahulu, sebuah media tempatan melaporkan, menurut sumber parti itu, ada desakan daripada ketua UMNO bahagian yang mahukan Ahmad Zahid kembali menerajui parti.

"Namun, Ahmad Zahid tidak cepat melatah, beliau mahu melihat mood sokongan akar umbi parti terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.

"Setakat ini Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan berjaya menguruskan parti dengan baik.

"Sebab itulah, Ahmad Zahid mula turun merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO untuk melihat sendiri mood ahli UMNO di peringkat akar umbi," katanya.

shahalam Terserah Zahid putuskan sendiri, kata Najib MUHAMMAD AMINURALIFF MOHD ZOKI Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/35076/BERITA/Politik/Terserah-Zahid-putuskan-sendiri-kata-Najib

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Saturday, June 29, 2019


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia