Getah: Kerajaan teliti harga lantai lebih tinggi

Shamsul Iskandar menyantuni pekebun kecil yang hadir dalam majlis tersebut hari ini.
Shamsul Iskandar menyantuni pekebun kecil yang hadir dalam majlis tersebut hari ini.
A
A
A

LIPIS - Kerajaan sedang meneliti penetapan harga lantai yang lebih tinggi dalam usaha membantu pekebun kecil getah berdepan ketidakstabilan dengan harga komoditi terbabit.

Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada kemampuan dan prestasi kewangan kerajaan.

Menurutnya, buat masa ini kerajaan sedang meneliti semua cadangan tersebut.

"Saya hendak maklumkan di sini bukan sahaja getah, kita juga berhadapan dengan cabaran komoditi lain seperti kelapa sawit.

"Jadi perlu ada satu kaedah jaringan keselamatan sosial yang menyeluruh, buat masa ini kita hanya mampu memberi komitmen RM2.50, itu adalah yang terbaik pada masa ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau ditemui sempena majlis ramah mesra bersama pekebun kecil getah di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Garang Abdul Samad di sini.

Hadir sama, Presiden Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera Malaysia, Kameruzaman Ab. Rahman.

Hampir 300 pekebun kecil sekitar daerah ini hadir dalam perjumpaan tersebut yang turut memberikan peluang kepada mereka berdialog dalam majlis terbabit.

Artikel Berkaitan: