Najib akui terkilan dengan Tok Pa

Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Jeli mengambil kesempatan bergambar bersama Najib sebaik selesai majlis perasmian mesyuarat berkenaan di sini hari ini.
Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Jeli mengambil kesempatan bergambar bersama Najib sebaik selesai majlis perasmian mesyuarat berkenaan di sini hari ini.
A
A
A

JELI - Setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rasa terkilan di sebalik penghijrahan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan mengakui terkejut dengan tindakan di luar jangkaan 'pemimpin kesayangannya' itu.

"Ambo (saya) nak sangat datang ke Jeli bukan semata- mata kerana anak bongsu tapi ingin melihat sendiri keadaan di Jeli.

"Sebelum ini ambo hanya teropong dari jauh dan dengar-dengar di hujung telinga, tapi hari ini ambo melihat sendiri kekuatan UMNO Jeli yang tak boleh disangkal sesiapa walaupun orang kesayangan ambo telah lari di tengah malam," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli di Kompleks UMNO bahagian berkenaan di sini hari ini.

Sebahagian perwakilan dan ahli Pas Jeli yang turut hadir pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jeli di sini hari ini.
Sebahagian perwakilan dan ahli Pas Jeli yang turut hadir pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jeli di sini hari ini.

Najib yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan dalam nada sinis turut mendedahkan Mustapa antara pemimpin yang banyak menghulurkan surat cinta kepada beliau.

"Tok Pa antara pemimpin atau menteri yang banyak hulur surat pada ambo surat cinta, surat minta projek, minta tender dan sebagainya, yang banyak ambo lulus kerana ia untuk orang Jeli dan Kelantan.

Artikel Berkaitan:

"Tapi apakan daya ini balasannya, dia nak lompat di tengah malam, sikit pun tak bagi tahu saya, tak ada apa-apa isyarat, ambo tahu pun dalam akhbar sahaja," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, beliau yakin kesatuan yang terjalin antara Pas dan UMNO akan jadi asas kemenangan pada PRU15 nanti.

Najib yang tiba kira-kira jam 4.15 petang diiringi Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Anuar Musa dan Pengerusi BN negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaacob.

Beliau disambut oleh kira- kira 2,000 penyokong yang setia menanti di pekarangan kompleks berkenaan sejak jam 2 petang.