Pasukan IPD Ipoh juara Ping Pong

J1
Razarudin menyampaikan cenderahari kepada setiap pasukan yang menyertai Kejohanan Ping Pong Piala Ketua Polis Perak 2019 semalam.
J1 Razarudin menyampaikan cenderahari kepada setiap pasukan yang menyertai Kejohanan Ping Pong Piala Ketua Polis Perak 2019 semalam.
A
A
A

KAMPAR - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menjadi juara berpasukan lelaki apabila memenangi Kejohanan Ping Pong Piala Ketua Polis Perak 2019 di sini semalam.

Pasukan yang diketuai oleh Deputi Superintendan Roslan Mohamed @ Ab Aziz berjaya merangkul semula piala pusingan dengan mengenepikan 17 pasukan lain.

Bagi kategori beregu lelaki terbuka dimenangi oleh pasangan beregu IPD Hilir Perak yang disertai oleh Sarjan Mejar Ahmad Saad Saidin dan Koperal Mohd Akhmal Abd Aziz.

IPD Ipoh merangkul kejuaraan berpasukan pada Kejohanan Ping Pong Piala Ketua Polis Perak 2019.
IPD Ipoh merangkul kejuaraan berpasukan pada Kejohanan Ping Pong Piala Ketua Polis Perak 2019.

Kategori perseorangan lelaki terbuka dimenangi oleh Koperal Muhamad Firdaus Baba dari IPD Tapah.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain di Sixbase Sport Arena di Bandar Baru Kampar di sini.

Sementara itu, Razarudin berkata, penganjuran kejohanan itu berjaya menggilap bakat-bakat baharu daripada semua pasukan dalam sukan PDRM.

"Kejohanan ini merupakan wahana dalam mencari dan menggilap bakat para pemain selain mengeratkan ukhuwah dalam kalangan peserta selain meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan.

Artikel Berkaitan:

"Ia juga membantu warga PDRM untuk terus konsisten mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif seterusnya memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat sejajar dengan Piagam Pelanggan PDRM," katanya ketika berucap pada majlis penutupan kejohanan itu.

Razarudin memulakan ‘serve’ simbolik pembukaan Kejohanan Ping Pong Piala Ketua Polis Perak 2019 semalam.
Razarudin memulakan ‘serve’ simbolik pembukaan Kejohanan Ping Pong Piala Ketua Polis Perak 2019 semalam.

Seramai lapan peserta akan mewakili Kontinjen Perak ke Kejohanan Ping Pong Piala Ketua Polis Negara 2019 bulan hadapan.