Bayar parkir secara atas talian di Segamat

Mohd Masni
Mohd Masni
A
A
A

SEGAMAT- Dua kaedah mudah kini diperkenalkan bagi orang ramai untuk membayar parkir kenderaan di sekitar daerah ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat (MPS), Mohd Masni Wakiman berkata, melalui Aplikasi SMSParkir dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS), pembayaran berkenaan boleh dibuat secara atas talian.

“Aplikasi perlu dimuat turun di telefon bimbit masing-masing dan kaedah SMS pula boleh digunakan dengan menaip kod MPS, kod masa, nombor kenderaan dan kod kawasan ke hantarkan ke nombor 33122.

“Cara pembayaran ini boleh dirujuk di laman sesawang kami untuk panduan yang lebih jelas,” katanya.

Menurut beliau, cara ini memudahkan orang ramai untuk membuat bayaran parkir berbanding menggunakan kaedah kupon sedia ada.

Artikel Berkaitan: