Gangguan GPS misteri di ruang udara Israel

Kebanyakan juruterbang hilang isyarat sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di Tel Aviv.
Kebanyakan juruterbang hilang isyarat sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di Tel Aviv.
A
A
A

TEL AVIV - Israel didakwa berdepan gangguan GPS yang tidak dapat dijelaskan, namun langkah segera diambil untuk membolehkan pesawat mendarat dan berlepas dengan selamat di wilayah itu.

Semalam, Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Israel (IAA) memetik laporan Persatuan Juruterbang Penerbangan Persekutuan Antarabangsa (IFALPA) memaklumkan kebanyakan juruterbang kehilangan isyarat satelit daripada Sistem Kedudukan Global (GPS) sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di Tel Aviv. IAA mendakwa gangguan GPS itu telah berlarutan sejak tiga minggu lalu dan ia tidak menjejaskan sistem navigasi di darat.

“Pihak berkuasa Israel telah menyiasat punca masalah itu dan memperbaikinya. Tidak pernah ada insiden keselamatan melibatkan gangguan GPS dalam konteks ketepatan navigasi dan koridor penerbangan,” kata jurucakapnya.

Sementara itu, tentera Israel mengesahkan operasi mereka tidak terjejas akibat masalah itu.

Selasa lalu, IFALPA memberitahu kehilangan isyarat GPS menimbulkan risiko berpotensi dan turut menasihatkan kru pesawat untuk mengelakkan gangguan dan merancang prosedur alternatif yang diperlukan. - Agensi

Artikel Berkaitan: