Sisa WLP Lynas akan dikitar semula

Amanda beramah mesra bersama masyarakat yang hadir majlis sambutan hari raya Lynas di Gebeng kelmarin.
Amanda beramah mesra bersama masyarakat yang hadir majlis sambutan hari raya Lynas di Gebeng kelmarin.
A
A
A

KUANTAN - Syarikat Lynas Corp. Ltd. (Lynas) akan mengitar semula residu sisa penulenan air larut lesap (WLP) dalam tempoh lima tahun sebelum kilang bagi melupuskan sisa yang mengandungi bahan radioaktif semula jadi (Norm) siap dibina di Australia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amanda Lacaze berkata, langkah itu dilakukan oleh syarikat memproses nadir bumi tersebut bagi memastikan tidak berlaku timbunan WLP di kilang miliknya di Gebeng.

Menurutnya, pihaknya juga memberi jaminan sebarang proses pemindahan operasi syarikat itu tidak akan menjejaskan komitmen dan pelaburan mereka di Malaysia.

“Kita sudah melakukan pelbagai penyelidikan dan pembangunan (R&D) membabitkan WLP dan Lynas berjaya menghasilkan bahan asas jalan dan produk perapi tanah dikenali sebagai condisoil daripada sisa atau bahan buangan selepas nadir bumi diproses.

“Semua ini (R&D) dilakukan melalui pengawasan daripada pelbagai pihak berkuasa yang berkaitan dan kita sudah beberapa kali disahkan selamat (untuk beroperasi) di Gebeng. Saya pun tidak faham kenapa masih ada pihak tertentu terus mempersoalkan status (keselamatan) operasi kilang kami.

“Kitar semula merupakan langkah pertama yang kita akan lakukan di mana bahan radioaktif akan dibuang dulu di Australia sebelum di bawa ke Malaysia dan langkah kedua menyediakan Pelupusan Tetap (PDF) di mana Kerajaan negeri telah pun meluluskan tapak untuk PDF namun kita belum tahu lokasinya di mana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui majlis sambutan Hari Raya Lynas di Gebeng kelmarin.

Majlis tersebut turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu.

Artikel Berkaitan:

Amanda berkata, Lynas tetap meneruskan operasi kilang memproses nadir bumi walau pun mendapat tentangan.