Mohd Bakke dilantik Pengerusi Felda

Tan Sri Bakke
Tan Sri Bakke
A
A
A

PUTRAJAYA - Tan Sri Mohd Bakke Salleh dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang baharu untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa mulai 1 Julai ini sehingga 30 Jun 2021.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pelantikan itu mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Mohd Bakke merupakan seorang tokoh korporat berintegriti dan berwibawa. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam sektor korporat termasuk industri perladangan.

"Saya yakin beliau mempunyai kepimpinan untuk meneruskan usaha mengembalikan Felda sebagai sebuah agensi yang mampu mengangkat martabat peneroka dan menjamin kelestarian Felda," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamed Azmin berkata, beliau telah mengambil maklum hasrat Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Felda berkuatkuasa pada 30 Jun ini.

"Megat Zaharuddin telah memberi sumbangan idea yang bernas dan progresif dalam usaha Kerajaan Pakatan Harapan membina semula Felda dan memastikan kemampanan industri perladangan serta masa depan peneroka Felda yang terjamin.

"Beliau bersama pengurusan Felda yang baru telah berusaha gigih dan memberi sepenuh komitmen untuk menyiapkan Kertas Putih yang menggariskan satu pelan pemulihan ke arah kelestarian Felda dan telah dibentang dan diluluskan oleh Parlimen," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: