31 kawasan di Klang terjejas bekalan air

Sebanyak 31 kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air.
Sebanyak 31 kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 31 kawasan di wilayah Klang akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran kebocoran paip utama berhampiran Dataran Automobil, Persiaran Selangor, Seksyen 15, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan & Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, insiden tersebut berlaku disebabkan kerja-kerja yang dilakukan pihak ketiga.

Beliau berkata, kejadian itu menjejaskan sebanyak 99,454 jumlah akaun berdaftar di 31 kawasan terlibat.

"Insiden turut mengakibatkan pengurangan sebanyak 70 juta liter sehari ke Kolam Air Lipat Kajang.

"Kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan dengan segera dan pihak kami menyasarkan kerja-kerja pembaikan disiapkan dalam tempoh 24 jam," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, pengguna boleh merujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor dan laman sesawang www.syabas.com.my bagi mendapatkan maklumat dan status terkini.

Artikel Berkaitan: